Pulau Pinang: "The Pearl of The Orient"
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut
Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh
Selat Melaka.
Negeri ini adalah kedua terkecil di Malaysia. Dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957. Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya dipisahkan oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini juga terletak berdekatan dengan bandar-bandar satelit seperti Sungai Petani dan Kulim di Kedah, Kepala Batas, Bukit Mertajam, dan Batu Kawan di Seberang Perai serta bandar-bandar di utara negeri Perak. Bandar-bandar ini membentuk kawasan metropolis dengan jumlah penduduk melebihi 2 juta orang, menjadikannya kawasan metropolis kedua terbesar selepas Lembah Klang.

Gurney Drive
Antara
daya tarikan di Pulau Pinang ialah Gurney Drive yang terletak in
pinggir pantai. Tiap-tiap tahun beratus-ratus orang pelancong dari
seluruh pelosok dunia mengunjungi Gurney Drive untuk menikmati makanan
yang sedap dan murah selain menikmati pemandangan laut. Terdapat juga
kompleks membeli-belah yang besar iaitu Gurney Plaza.
Batu Ferringhi
Batu
Ferringhi merupakan antara tarikan pelancong yang terutama di Pulau
Pinang. Sebilangan hotel ternama terletak di Batu Ferringhi. Contohnya,
Shangri-La, Park Royal dan Golden Sands Resort. Terdapat juga
hotel-hotel berkos rendah untuk mereka yang mempunyai bajet yang ketat.
Hotel Bertaraf Antarabangsa di Bandar GeorgeTown
Antara hotel yang ternama di sini adalah hotel E&O (Eastern and
Oriental Hotel). Hotel ini dibuka sejak tahun 1885. Hotel ini
merupakan hotel yang tertua di Pulau Pinang dan konsep hotel ini adalah
ala Barat. Hotel ini merupakan salah satu hotel yang bertaraf
antarabangsa dan berkelas tinggi.
Esplanade
Satu
lagi tempat yang merupakan tarikan pelancong adalah Esplanade, serupa
dengan Gurney Drive tetapi tiada hotel dan tempat makan di sini.
Terdapat suatu padang yang besar di mana orang tempatan dan pelancong
gunakan untuk makan angin dan berekreasi.
Pengangkutan Awam
Pengangkutan
awam di Pulau Pinang tidaklah sebaik di Kuala Lumpur. Walau
bagaimanapun, kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan pengangkutan awam. Pelancong-pelancong dapat
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan perkhidmatan
teksi, bas dan juga beca (terdapat di Esplanade). Monorel di Pulau
Pinang sedang dalam pembinaan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar